BUFOS 135 ialah sejenis racun rumpai tidak selektif yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘phosphinic acid’ yang bertindak secara sentuhan, menghalang proses fotosintesis dan sedikit aktiviti sistemik.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel ‘fan jet’ saiz 4/64″ atau 5/64″ atau ‘low volume spray nozzle’. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan BUFOS 135 secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan BUFOS 135 di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempias. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.
Tempoh Dilarang Masuk Semula Kawasan Rawatan (REI): 12 jam